HJ ABDUL GHANI SAMSUDIN
ISHAK HJ SULAIMAN
ENGKU IBRAHIM ISMAIL
INTERL MULTIMEDIA AND PUBLICATION 2001
BAB 1 : SENI DALAM ISLAM
1.1- KONSEP SENI
Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi istilah, seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci : berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial.
Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati keindahan itu. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati. Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 :
a) Seni ciptaan Allah
b) Seni ciptaan manusia
Dengan memperakukan bahawa seni juga termasuk apa yang dicipta oleh Allah , ia tidak bermakna kita mencampuradukkan seni ciptaan manusia dengan seni ciptaan Allah.
1.2- SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SENI
Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah S.W.T. Kesenian Islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Kesenian Islam dikatakan telah berkembang sejak zaman Nabi Daud A.S dan puteranya Nabi Sulaiman A.S dan terus berkembang di zaman Nabi Muhammad S.A.W dan di zaman selepas kewafatan Baginda sehingga kini. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara’.
BAB 2 : CIRI-CIRI KESENIAN ISLAM
Seni dijadikan sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi faktor pendorong yang intensif bagi mengingati dan memuji Allah. Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan bakat seni yang ada, para seniman muslim ternyata mampu menggunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam.
Kesenian Islam menyahut seruan sebilangan keperluan asas masyarakatnya. Ia juga mengukuhkan persiapan individu untuk mematuhi ajaran Allah selaras dengan tujuan asas penciptaan mereka. Pernyataan seni ibarat kaedah di antara zat spiritual dan rangka material.
Oleh itu, menjadi tanggungjawab para seniman untuk menterjemahkan idea Islam ke dalam bahasa seni. Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk memeriahkan kebesaran Allah.
Selain itu, seni juga menunjukkan seni kesatuan atau kesepaduan. Ia bermatlamat meletakkan mohor kesatuan Ilahi kepada kesetiaan perihal dan aktiviti manusia. Kesenian Islam malah semua kesenian tradisional memang sentiasa berorientasikan kepada ‘kegunaan’ : samada untuk spiritual seperti mihrat yang dihias dengan sinar larikan, seni dan ayat al-Quran mahupun pindahan ke atas objek kegunaan harian.
Kesenian Islam tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan berpaksikan kepada keperluan bersama manusia.
2.1- SIKAP ISLAM TERHADAP SENI
Pada dasarnya, sesuatu yang indah itu disukai oleh Allah kerana Dia zat yang Maha Indah dan menyukai yang indah. Islam mempunyai kriterianya yang tersendiri untuk dijadikan pengukur pedoman bagi menentukan halal atau haramnya sesuatu karya seni itu. Kriteria pertama ialah seni atau karya seni itu mestilah baik iaitu yang mempunyai cirri-cirinya yang khusus. Antaranya ialah tidak merosakkan budi pekerti yang mulia serta tidak melalaikan orang dari beribadat dan mengingati Allah. Kriteria penolakan pula ialah seni atau karya seni tersebut buruk iaitu boleh merosakkan moral, melalaikan diri daripada beribadat kepada Allah dan sekaligus melupakanNya.
2.1- JENIS-JENIS SENI
a) Seni suara
b) Seni rupa
c) Seni pakaian
d) Seni sastera
BAB 3 : SENI SUARA
Menurut pandangan Islam, seni suara dibahagikan kepada 2 kriteria iaitu seni suara yang baik dan seni suara yang buruk. Seni suara yang baik merangkumi bacaan al-Quran dengan suara yang merdu, syahdu dan lunak, melagukan azan, menyanyikan lagu-lagu jihad, berzikir, mendendangkan nyanyian hari-hari raya, menyanyikan selamat jalan dan selamat kembali kepada para jemaah haji, berzanji dan lain-lain. Seni suara yang buruk pula merangkumi nyanyian-nyanyian yang sering menimbulkan nafsu berahi, lagu-lagu joget dan tarian yang bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, lagu-lagu yang boleh merosakkan budi pekerti muda mudi serta melalaikan mereka dari beribadat kepada Allah.
3.1- BACAAN AL-QURAN
Al-Quran adalah kalam Allah dan kitab suci umat Islam. Ia bukan sahaja mempunyai nilai sastera yang amat indah dan tinggi tetapi juga mempunyai seni bacaan yang unik. Oleh itu, membaca al- Quran diberikan prioriti yang pertama dan utama dalam Islam. Kita dituntut oleh syariat Islam supaya membaca al-Quran mengikut tajwidnya yang betul dan dengan suara yang baik bukan dengan cara berlagu sebagaimana lagu-lagu qasidah. Ini kerana ia boleh merosak dan mungkin akan menambah atau mengurangkan huruf-huruf al-Quran dan dianggap suatu bida’ah pula.
Menurut Ibn Hajar al-Haithami dalam kitabnya, Kaff al-Ri’a’ al Muharramat al-Sama’, kesengajaan membaca al-Quran secara berlagu dengan menambahkan huruf atau menguranginya untuk memperelokkan dan memperhiaskannya adalah fasiq.
Bahkan menurut fatwa Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca al-Quran dengan berlagu yang buruk serta banyak perubahannya, maka hukumnya adalah haram menurut ijmak para ulama’. Pemerintah wajib mengancam dan meminta mereka bertaubat, malah setiap orangyang mukallaf hendaklah mengingkarinya seupaya yang mungkin.
3.2- NYANYIAN DAN SENI MUZIK
Nyanyian dan muzik boleh mengubah sikap ke arah pencapaian peradaban yang bererti disamping mempunyai kekuasaan tersendiri hingga boleh menukar emosi menjadi terharu, sedih, pilu, menangis bahkan gila. Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan muzik sangat rapat hubungannya dengan jiwa manusia. Oleh itu, ia perlu dikawal dan diberi perhatian supaya tidak merosakkan jiwa dan moral manusia.
Islam dari segi falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik haruslah bertujuan kea rah pembentukan peribadi dan sebagai tali penghubung ke arah taqwa kepada Allah. Islam tidak mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan manusia dari kewajiban terhadap Allah. Seni yang merosakkan adalah seni sesat yang hukumnya haram dan patut dijauhi.
3.3- PANDANGAN ULAMA’ DAN FATWA BERHUBUNG SENI MUZIK
a) Pandangan Imam al-Ghazali
- tidak terdapat keterangan yang jelas dari sunnah Rasulullah yang melarang penggunaan alat-alat muzik
- sebahagian instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak dilarang
- seni muzik yang dilarang ialah seni muzik yang berada di dalam keadaan yang bersekongkol dengan kumpulan pemabuk, perzinaan dan perbuatan dosa yang lain
- mendengar lagu itu ada 5 hukum iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan haram
- Imam al-Ghazali mengklasifikasikan lagu-lagu kepada 7 jenis iaitu :
• Lagu-lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi tempat-tempat suci seperti Mekah dan Madinah
• Lagu yang mengobarkan semangat untuk berjuang mempertahankan aqidah dan negara
• Lagu yang memperihalkan pertarungan dan sikap kelelakian yang pantang mengalah di saat-saat genting
• Lagu yang mengenang peristiwa lampau yang menimbulkan kesedihan yang positif. Mengingatkan diri terhadap hakikat hidup yang sebenar.
• Lagu yang menyifatkan keadaan ketika rela dan sukacita untuk menghargai suasana tersebut dan menikmati kenangannya selama yang mungkin
• Lagu bercorak ghazal yang sopan : memperihalkan kisah cinta dan membayangkan harapan untuk bertemu dan pertautan yang lebih erat di masa yang akan dating
• Lagu yang memperihalkan keagungan sifat-sifat tuhan, memuji serta mentahmidkan kebesarannya
b) Pandangan Imam Shafi’i
- Menyatakan bahawa nyanyian itu adalah makruh dan melalaikan di dalam kitabnya, Adab al-Qada’
- Ia menyamai kebatilan dan sesiapa yang mendengarnya maka dia adalah seorang safih dan penyaksiannya ditolak
- Mendengar nyanyian dari wanita yang bukan mahram tidaklah harus dalam apa jua keadaan samada di tempat terdedah atau di tempat tertutup, samada wanita yang merdeka atau hamba
- Jika tuan kepada hamba abdi wanita mengumpulkan orang ramai agar
mendengar nyanyian abdinya itu, maka dia juga seorang safih dan penyaksiannya ditolak
- Memakruhkan penggunaan seruling kerana menurutnya itu adalah
perbuatan kaum Zindik untuk memesongkan orang dari mendengar al- Quran
c) Pandangan Imam Malik
- Melarang mendengar nyanyian
- Menyatakan bahawa barangsiapa ingin membeli seorang abdi wanita dan diketahuinya wanita tersebut seorang penyanyi, maka janganlah dibeli wanita tersebut
d) Pandangan Ibn Taimiyyah
- Membezakan antara mendengar nyanyian dan muzik yang bermanfaat pada agama dan antara apa yang diberi pengecualian untuk mengelakkan dosa, dan antara pendengaran muqarrabin dan pendengaran orang-orang biasa
- Diharuskan mereka mendengar apa yang disyariatkan kepada para hamba Allah iaitu mendengar ayat-ayat Allah : dapat membaiki hati dan menyucikan jiwa
e) Pandangan Dr.Yusuf al-Qaradawi
- Membuktikan mengenai hukum seni muzik yang pada asalnya bersifat harus tetapi boleh berubah kepada hukum-hukum lain berdasarkan beberapa syarat iaitu :
• Bukan semua lagu itu harus. Isi kandungannya hendaklah bertepatan dengan kesopanan Islam serta ajarannya. Nyanyiannyanyian yang menyanjung pemerintah yang zalim, taghut dan fasiq adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam melaknat para pelaku kezaliman dan para pengampunya.
• Cara persembahannya juga mesti diambilkira. Kadangkala tajuk lagunya tidak menjadi masalah tetapi cara penyampaian penyanyinya itu yang boleh menyebabkan hukumnya haram, syubhah atau makruh. Ini termasuklah cara nyanyian yang memberangsangkan ghairah seks para pendengar melalui tematemacinta berahi.
• Hendaklah nyanyian itu tidak diiringi dengan perkara yang haram seperti meminum arak, mendedahkan aurat atau bercampur diantara lelaki dan perempuan tanpa batas dan had.
• Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah tidak dilebih-lebihkan terutama nyanyian yang menyentuh perasaan dan kerinduan yang berlebihan. Sekiranya unsur-unsur yang berlebihan ini tidak dikawal, ianya akan mengabaikan hak akal, rohani dan kehendak seseorang, masyarakat dan agama.
• Sekiranya terdapat unsure nyanyian yang menaikkan nafsu syahwat, mendorong ke arah kejahatan, menjadi lalai dan leka untuk mengerjakan ibadah maka menjadi kewajipan ke atas pendengar untuk menjauhinya, menutup pintu fitnah tersebut demi memelihara dirinya dan agama.
f) Fatwa Sheikh Mahmud Shaltut
- Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama hukumnya dengan merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak diketahui. Semuanya memberi kesan untuk menenangkan fikiran apabila jasmani penat dan memberi kesan dalam memulihkan semula tenaga.
- Al-Quran yang mendasari segala peraturan dan perundangan yang begitu sempurna adalah bertujuan untuk menjaga supaya tidak berlaku keterlaluan di pihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang menggunakan muzik secara berlebihan. Apatah lagi Islam menuntutkepada kesederhanaan.
- Fuqaha’ terdahulu telah membenarkan penggunaan seni muzik apabila mempunyai tujuan yang sesuai seperti muzik iringan ke medan perang, haji, perkahwinan dan hari kebesaran Islam. Mengikut fuqaha’ Hanafi, muzik yang dilarang ialah sekiranya bercampur dengan majlis yang terdapat arak, penyanyi perempuan yang mengghairahkan, unsur-unsur fasiq, perzinaan dan berhala.
- Beliau memberi amaran kepada sesiapa yang berani melarang sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah.
3.1- TARI MENARI
Islam tidak dapat menerima apa yang dikenali kini sebagai budaya rock. Bahkan semua perbuatan yang membawa kepada keghairahan syahwat seperti nyanyian-nyanyian lucah dan drama-drama liar meskipun ianya dianggap sebagai seni dan dikatakan kemajuan. Ini kerana, nilai dan kemajuan dalam Islam berbeza dengan Barat yang tidak mengambil kira agama sebagai panduan atau kayu pengukurnya.
Islam mengharamkan sebarang interaksi bebas insan yang berlainan jantina tanpa perkahwinan yang sah. Demikian juga sebarang perbuatan atau kegiatan yang membawa kepada yang diharamkan seperti perbuatan zina di mana Islam tidak saja melarang dengan sebutan “jangan berzina” tetapi semua yang membangkitkan syahwat dan keghairahan nafsu.
BAB 4 : SENI RUPA
Secara umumnya para ulama’ membahagikan seni rupa kepada 2 iaitu:
a) Seni rupa yang mempunyai imej ataupun bentuk dan hasilnya dinamakan patung
b) Seni rupa yang tidak mempunyai imej mahupun bentuk dan hasilnya dinamakan gambar atau lukisan
4.1- SENI UKIR
• Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi baik dalam susunan komposisi cara pengisian bidang yang dihias ataupun dalam cara mensejajarkan motif-motif ukirannya
• Pembahagian bidang diatur berdasarkan geometri, motif-motif tabi’i seperti daun, akar, bunga dan sebagainya
• Dalam seni ukir Islam wujud paduan yang harmoni antara rasa dan akal
• Ia juga dikenali sebagai seni pahat yang merangkumi apa-apa sahaja yang diukir atau yang dipahat
4.2- PATUNG
• Islam mengharamkan patung di dalam rumah yang dijadikan perhiasan dan sebagainya kerana malaikat rahmat akan menjauhi rumah tersebut
• Jika si pembuat patung tersebut mengetahui bahawa patung itu akan disembah maka dia adalah seorang kafir
• Jika si pembuat patung itu tidak sengaja dan tidak mengetahui bahawa patung itu akan disembah, maka dia berdosa sahaja dengan perbuatannya itu
• Terdapat hadith yang menyatakan bahawa si pembuat patung akan dipaksa memberi nyawa kepada patungnya. Dia akan diseksa selama mana ia tidak dapat memberikan nyawanya kepada patung tersebut.
4.3- PATUNG CACAT
• Segolongan ulama’ berpendapat bahawa Islam tidak mengharamkan patung yang tidak sempurna atau yang cacat kerana ia tidak dapat disembah kerana tidak lengkap anggotanya
• Bahkan membuat patung cacat, hukumnya mubah
• Tetapi, patung separuh badan yang dibina bagi mengagungkan pemimpinpemimpin tertentu, pengharamannya lebih tegas daripada patung kecil yang lengkap anggotanya yang hanya sekadar menjadi hiasan rumah
4.4- PATUNG PERMAINAN KANAK-KANAK
• Tidak terdapat larangan khusus mengenainya dalam Islam kerana ia sekadar lukisan atau ukiran untuk hiburan kanak-kanak bukan bermaksud untuk disembah
• Menurut Imam al-Syawkani, anak-anak kecil boleh bermain dengan boneka (patung)
• Tetapi Imam Malik melarang lelaki membelikan boneka kepada anak perempuannya
• Qadi ‘Iyad pula membolehkan anak-anak kecil perempuan bermain-main dengan boneka kerana rukhsah
4.5- LUKISAN
• Jika lukisan seni berbentuk sesuatu yang disembah melainkan Allah seperti gambar Nabi Isa A.S atau al-Masih bagi orang-orang Kristian atau lembu bagi orang-orang Hindu dan sebagainya, maka pelukisnya tidak lepas daripada azab Allah
• Orang yang melukis sesuatu yang tidak dapat disembah tetapi dengan niat untuk menandingi ciptaan Allah, pelukis itu bukan saja terkena ancaman sebagai orang yang “paling berat seksaannya pada hari kiamat” malah dia juga terkeluar dari agama Islam
4.6- FILEM (WAYANG GAMBAR)
• Filem Islam ialah filem yang menemukan kefahaman-kefahaman Islam dengan Allah, alam semesta, kehidupan dan manusia sebagai pertemuan yang menyeluruh dan sebahagiannya yang hanya terhad kepada sifat-sifat keIslamannya
• Mengenai panggung wayang, Prof. Dr. Yusu al-Qaradawa menjelaskan
- Kadarnya harus munasabah dengan masyarakat yang menggalakkan keprihatinan bukan masyarakat yang lalai dan leka
- Panggung wayang janganlah menjadi tempat mengobarkan syahwat, merosak komitmen terhadap nilai-nilai unggul, menghakis akhlak belia atau meracuni akal mereka dengan idea-idea asing yang bertentangan dengan aqidah dan pegangan ummah
- Waktu-waktu tayangan hendaklah tidak bercanggah dengan waktu sembahyang
- Panggung wayang tidak boleh menjadi tempat atau sarang untuk muda mudi memadu kasih secara haram serta berleluasa menginjak batasan syarak
- Janganlah panggung menjadi institusi yang membolot harta rakyat kerana dimonopoli oleh sesetengah pihak dan mereka menjual tikettiket dengan harga yang mahal tanpa ada pengawasan daripada pihak bertanggungjawab
4.7- SENI KHAT
• Khat merupakan seni yang mengandungi keindahan estetika
• Merupakan kesenian yang paling asas di dalam Islam kerana ia merupakan wadah kepada pengaliran ilmu
• Kaligrafi atau seni khat berasal daripada perkataan latin iaitu ‘kalios’ yang bererti indah manakala ‘graph’ bermaksud garisan atau tulisan
• Ahli dalam seni khat dipanggil Khattat
• Seni khat bermula serentak dengan turunnya wahyu Ilahi kepada Rasulullah kerana pada zaman jahiliah, orang-orang Arab berpegang kepada tradisi lisan untuk menyimpan maklumat dan komunikasi mereka
• Ahli-ahli kaligrafi sangat dimuliakan : mereka diberi hadiah dan kedudukan yang istimewa oleh para raja dan orang-orang besar di seluruh dunia Islam
• Karya-karya mereka memaparkan kewibawaan luarbiasa para seniman silam malah menjadi sumbangan yang hidup kepada tamadun Islam yang melahirkan mereka
4.8- SENI BINA
• Seni bina Islam telah berkembang seiring dengan seni ukir dan seni khat Islam
• Seni bina Islam mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan bersifat unik : mengandungi seni khat, bentuk arabesque, corak geometrid an motif seni reka
• Wujud pengaruh yang kuat daripada ayat-ayat al-Quran, hadith dan syair-syair bahasa Arab
• Selepas kewafatan Rasulullah, seni bina terus berkembang terutama di zaman Khulafa’ al-Rasyidin khususnya melalui pembinaan masjid yang dihias dengan tulisan khat
• Di zaman Bani ‘Umayyah, istana-istana khalifah turut diukir dengan seni ukir yang unik. Buktinya, istana ‘Amarah yang terletak di timur Laut Mati dan di
Masjid al-Haram tersergam indah dengan seni bina Islam dan ukiran yang bercirikan Islam
• Di zaman kerajaan Islam di Sepanyol (Andalusia), unsur-unsur seni bina Islam amat terserlah pada bangunan dan istana seperti yang terdapat pada Istana Alhambra dan Masjid Cordova
• Di zaman kerajaan Islam ‘Abbasiyyah, seni bina Islam mencapai zaman keemasan kerana ciri-ciri seni bina Islam mampu bersepadu dengan seni bina Parsi yang tidak mempunyai unsur-unsur seni yang bertentangan dengan Islam
• Kerajaan Dawlah ‘Uthmaniyyah yang berpusat di Turki turut mencatatkan kehebatan di dalam perkembangan seni bina Islam. Buktinya, pembinaan Masjid Mihrimah, Sehzade, Suleymaniye dan Selimiye.
• Seni bina ini terhasil dengan kepakaran para arkitek Islam seperti Sinanuddin Yusuf b. Abdullah, Khayruddi dan Ahmad Pasha
BAB 5 : SENI PAKAIAN
Pakaian merupakan kebudayaan manusia yang dibenarkan bahkan dituntut oleh agama Islam agar manusia kelihatan sopan dan cantik : berbeza dengan haiwan yang tidak berakal.
Dalam Islam, seni pakaian dari sudut estatikanya diserahkan kepada kebijaksanaan umat Islam sendiri menggubahnya untuk disesuaikan dengan adat, tradisi dan keadaan setempat. Islam amat menitikberatkan soal kebersihan kerana melihatnya sebagai asas bagi setiap perhiasan yang baik dan pemandangan yang elok dalam pakaian. Pakaian yang diperbuat daripada bulu kambing, sutera, kulit binatang yang halal, pakaian dari
benang guni dan sebagainya adalah dihalalkan. Begitu juga dengan seni memperagakan pakaian. Ia dihalalkan selagi tidak melanggar batas-batas hukum Islam. Pakaian berfungsi sebagai usaha menutup aurat dan untuk menghias diri. Oleh itu, sesuatu pakaian yang tidak dapat menutupi aurat meskipun dapat dijadikan perhiasan diri seperti kain yang jarang adalah dianggap tidak menurut hukum Islam.
Pakaian yang dapat memelihara diri dari panas dan kesejukan serta dapat mempertahankan diri dalam peperangan juga dihalalkan dalam Islam. Selain itu, terdapat hadith yang menganjurkan agar kita berpakaian menutup aurat pada setiap masa. Lebih-lebih lagi sewaktu solat dan mengerjakan haji agar dapat dibezakan atau dibanteras amalan orang-orang Arab jahiliah masa lampau. Ini kerana, semasa ingin beribadat mereka membuka seluruh pakaian mereka.
Apa sahaja perhiasan yang didapati dari perut laut seperti mutiara, batu-batu berharga dan lainlain boleh dijadikan pakaian dan perhiasan manusia terutamanya kaum wanita. Dalam hal warna pakaian pula, tidaklah terlalu dititikberatkan oleh Islam. Namun begitu, adalah lebih baik jika berwarna putih.
Pakaian yang diperbuat dari sutera dan perhiasan emas dihalalkan bagi kaum wanita memakainya tetapi diharamkan bagi kaum lelaki. Haram bagi kaum lelaki untuk memakai atau mengguna apa saja yang diperbuat daripada emas seperti gelang, rantai, bekas rokok, gigi emas dan sebagainya. Tetapi tidak diharamkan mereka memakai atau mengguna apa sahaja yang diperbuat daripada perak, logam, besi dan sebagainya.
BAB 6 : SENI SASTERA
Sastera ertinya bahasa, seni sastera ialah seni bahasa. Susastera bermaksud ‘Bahasa Yang Indah’. Kesusasteraan pula bermaksud sejumlah tulisan yang menggunakan bahasa yang indah bagi melahirkan perasaan yang indah. Sastera adalah salah satu cabang seni manakala seni itu adalah suatu yang indah yang dapat dihubungkaitkan dengan keindahan mutlak Allah itu sendiri.
Kesusasteraan ialah satu bentuk tulisan yang dicipta oleh manusia dengan bantuan bahasa dengan tujuan menikmati penerokaannya ke dalam pengalaman-pengalaman semasa hidup. Bentuk utama sastera ialah sifat pengisahan yang terdapat di dalam pernyataannya. Ahli karya sastera peka bertindak balas ke atas fakta-fakta penghidupan dan mempersembahkan kepada pembaca hasil kesedaran instuitif.
Pada umumnya, segala karangan atau karya tulisan yang menggunakan bahasa yang indah dapat dibahagikan kepada 2:
a) Prosa Nathr – karangan bebas yang tidak terikat dengan sebarang peraturan
b) Puisi Syi’r- karangan atau gubahan perkataan yang terikat dengan peraturan tertentu seperti sajak, pantun, tamthil, ibarat dan sebagainya
Terdapat pengecualian bagi penyair yang rongganya penuh dengan syair-syair memuji Allah atau RasulNya, demikian juga syair-syair yang memuatkan zikrullah dan ajaran-ajaran agama, maka ianya tidaklah dilarang dan tidak dicela sebegitu keras.
Para sasterawan tidak dilarang sama sekali malah digalakkan agar mereka menghasilkan karya yang mengandungi nasihat agama, semangat perjuangan untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan menghapuskan kemiskinan dalam masyarakat. Karya-karya mereka pada zaman dahulu penuh dengan ilmu pengetahuan, menganjurkan kerjasama, persahabatan dan perpaduan ummah serta mengandungi puji-pujian terhadap Allah, selawat ke atas nabi, pujian ke atas para sahabat pilihan, para malaikat, kitab-kitab suci dan lain-lain.
Syair dan usaha syair tidak dilarang jika ianya digarap untuk tujuan meningkatkan semangat jihad, memperbaharui tekad, menghibur juga menghilangkan penat lelah berkerja, menyeru melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, menyebut syurga neraka, menyelar perbuatan zina, minum arak atau mengambil dadah, menimbulkan keraguan terhadap berhala dan penyembahannya.
Bahkan Rasulullah sendiri mengucapkan syair sewaktu menggali parit dalam peristiwa perang Ahzab. Menggarap syair yang baik dan mendengarnya adalah digalakkan dalam Islam. Dalam Islam, menggunakan keupayaan kreatif samada melalui prosa atau puisi amat digalakkan terutama untuk menentang musuh dan membela Islam, bahkan ia dianggap suatu jihad.
Termasuk dalam kategori ini juga ialah syair-syair yang memuatkan pujian kepada Nabi Muhammad S.A.W seperti berzanji, contohnya seperti gubahan al-Bushayri yang diberi nama al-Burdah :
Dia kekasih Pembawa syafa’at diharapkan
Dapat menghapuskan segala bahaya mendatang
Dia menyeru ke jalan Allah, barangsiapa yang mengikutnya
Bererti ia berpegang kepada tali yang teguh
Baginda mengatasi para anbiya’
Dalam kejadian dan akhlaknya
Ilmu dan kemurahan Baginda tiada bandingannya
Semangkuk laut setitik hujan
Para Rasul memerlukannya
Jika syair-syair yang memuji para Nabi dan Rasul digalakkan dalam Islam, apatah lagi syair-syair yang memuji Allah S.W.T seperti yang digarap oleh penyair-penyair agung dunia di kalangan pujangga-pujangga sufi dan sebagainya. Contohnya, munajat Ibn al-Farid, seorang penyair sufi Mesir yang masyhur :
Kala malam
Ku lihat api di desa
Ku gembirakan keluargaku
Tunggulah? Agarku dapat hidayat
Semoga….
Ku hampiri api
Itulah api al-Mukallam
Sebelumku.
Hingga pabila waktuhampir sedikit-sedikit menghimpun sekujur tubuhku
Runtuhlah gunungku
Dari kebesaran al-Mutajalli
Muncul rahsia sembunyi
Bisa diketahui
Siapa seperti diri ini
Akulah faqir kesibukan
Simpatilah keadaan
Kelemahan ini!
BAB 7 : RUMUSAN
Kesenian Islam bertunjangkan tauhid, iaitu keEsaan Tuhan yang bertolak dari pengajaran al-Quran dan as-Sunnah. Bacaan al-Quran yang liturgis telah menciptakan suatu cabang muzik baru. Pemeliharaan naskahnya telah melahirkan tulisan atau khat Arab yang indah.
Pembinaan masjid-masjid sebagai tempat ibadah kaum Muslimin pula telah mengembangkan seni bina dan seni hias. Di dalam menjaga keseimbangan antara keperluan jasad dan jiwa, Islam telah menganjurkan sikap sederhana dalam semua perkara dan membawa kepada bakat-bakat alami di dalam jurusan-jurusan yang benar dan telah mencuba untuk mengembangkan suatu keseluruhan yang harmonis dalam diri manusia.
Dalam sabda-sabda Nabi, terdapat teks-teks yang menegaskan keprihatinan Islam terhadap pelbagai aspek seni. Misalnya, sabda Baginda “Allah itu indah dan sukakan keindahan” dan “ Keindahan itu disuruh di dalam segala sesuatu, biarpun engkau membunuh seseorang, maka bunuhlah dia dengan suatu cara yang baik”.
Di dalam kehidupan Nabi, kita dapati peristiwa berikut yang bersifat instruktif, di mana Baginda pada suatu hari telah melihat sebahagian dari pusara yang tidak diratakan sepenuhnya. Baginda telah memerintahkan kekurangan itu ditimbun sampai rata, sambil menambah bahawa ia tidak akan menjejaskan orang yang mati tetapi ia lebih menyenangkan mata orang yang hidup.
Sementara itu, mimbar di dalam masjid yang digunakan oleh Rasulullah telah dihiasi dengan 2 bola seperti buah delima dan 2 orang cucu Baginda amat suka bermain-main dengannya.
Ini dapat dikatakan sebagai permulaan seni ukir dalam Islam. Kemudian naskah-naskah al-Quran telah dihiasi dengan pelbagai corak warna. Apabila al-Quran diberi perhatian supaya lebih cantik dan dapat disimpan lebih lama maka lahirlah pula seni hias dan seni menjilidbuku.
Kaligrafi atau tulisan khat sebagai suatu kesenian adalah suatu keistimewaan orang Islam. Ia merupakan kesenian yang mendapat kehormatan yang tertinggi, khasnya tulisan Arab untuk menulis segala firman Allah dan sabda Rasulnya. Dengan kepelbagaian jenisnya, khat Arabtelah dipergunakan dengan begitu meluas di dalam dunia Islam.
Berhubung dengan muzik dan nyanyian di bawah naungan Raja-raja atau Khalifah-khalifah Islam pula, maka ia telah sampai ke kemuncak perkembangannya yang gemilang. Sarjanasarjana Islam yang terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina dan lain-lain telah meninggalakan bukan sahaja karya-karya monumental tetapi juga telah membuat penambahan dan peningkatan yang berharga terhadap muzik-muzik Greek dan India. Mereka telah mencipta kod-kod muzik di samping dapat menentukan jenis-jenis alat muzik yang berbeza.
Ringkasnya, dalam lapangan kesenian orang Muslimin telah memberi sumbangan yang berharga sekali. Mereka mengikis sifat-sifatnya yang merugikan, mengembangkan aspekaspek estetiknya dan menemukan sesuatu yang baru yang berfaedah untuk dunia.
interesting info
BalasHapusrefernsi nya apa ya?
BalasHapustogel singapura
BalasHapusAyo segera
Agen TOGEL 4DPOIN,Online Terpercaya.
Minimal Deposit Dan Withdraw 20.000
Keterangan Lebih Lanjut, Anda Bisa Hubungi Disini.
★ Pin BBM : D1A279B6
★Pin BBM : 7B83E334
★Whatsapp : +85598291698
★Skype : Poin.4D
★Line : +85598291698
Nyari Bokep Skandal Vanessa Angel Yang versi Panjang?
BalasHapusNih link nya!!
indahbokep.com
Yuk Gabung di Bolayo.com
BalasHapusMinimal deposit 50ribu
Bonus Member 30%
Bonus Harian 5%
Aman & Terpercaya
hanya di bolayo.com
Whatsapp kami
+6282321807397